Tahun lepas, terdapat kajian membuktikan Apple Watch sesuai digunakan untuk memantau tahap tekanan pengguna. Apple Watch dilengkapi dengan sensor yang boleh membaca data ini, tetapi pengguna perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk menggunakannya.
Ciri ini penting untuk pengguna yang kerap mengalami masalah tekanan atau yang bersenam secara ekstrem. Dengan menggunakan data HRV (Heart Rate Variability) pada Apple Watch, tahap tekanan pengguna boleh dibaca dengan tepat.
Terkini aplikasi CardioBot telah dikemaskini bagi memaparkan data HRV dengan lebih jelas, termasuk carta data trend HRV tinggi atau rendah. CardioBot turut menggunakan kajian American Heart Association untuk memberi pengguna cadangan mengenai penjagaan kesihatan jantung.
Cuma sayang sekali, untuk menikmati ciri menarik ini ia tidak percuma. Di Malaysia CardioBot hanya boleh digunakan sepenuhnya jika pengguna membayar langganan RM8.90 sebulan atau RM89.90 setahun. Bermakna walaupun anda sudah belanjakan ribuan ringgit untuk Apple Watch ciri ini masih perlu dibayar berbanding jam Wear OS dan penjejak kesihatan yang biasanya terus menyediakan ciri ini percuma.