CIMB kini mengumumkan, bermula 19 Mac 2023 kelak, semua transaksi FPX bernilai lebih RM100 akan memerlukan pengesahan dilakukan menggunakan SecureTAC pada aplikasi CIMBClicks.
Langkah ini diambil dalam terus mengatasi masalah penipuan, serta meningkatkan sekuriti perbankan atas-talian CIMB.
Bagi para pengguna CIMB OCTO pula, memandangkan ia tidak menyokong ciri SecureTAC, maka pengguna masih perlu menggunakan CIMBClicks bersama untuk tujuan pengesahan transaksi.
- Sumber
- CIMB