Carian
UK Juga Ingin Mengharamkan TikTok Pada Peranti Penjawat Awam
March 15, 2023 Effi Saharudin

Selepas Amerika Syarikat dan Kanada, United Kingdom pula ingin mengharamkan pemasangan aplikasi TikTok pada peranti kerja yang diberikan kepada penjawat awam. Sekali lagi alasan keselamatan bagi mengelakkan intipan akan digunakan untuk mengharamkan aplikasi yang kini dilihat seperti kriptonit oleh kerajaan yang bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Dalam draf pertama, hanya pemasangan pada peranti kerja milik kerajaan sahaja akan dikenakan tetapi terdapat cadangan ia turut merangkumi peranti peribadi yang digunakan oleh penjawat awam. Tindakan pengharaman yang semakin merebak ini memaksa TikTok untuk mengasingkan perniagaan mereka daripada Bytedance.

TikTok

Sehingga kini wujud tuduhan Bytedance syarikat induk TikTok berkongsi data dengan China. Tuduhan yang beberapa kali dinafikan dengan data pengguna di A.S telah dipindahkan ke playar milik Oracle sebagai langkah keselamatan. Sungguhpun begitu Amerika Syarikat kini akan meluluskan Akta RESTRICT yang memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mengharamkan aplikasi dari luar negara seperti TikTok yang dilihat membahayakan keselamatan.

Bukan A.S sahaja yang takut menjadi mangsa intipan. China sendiri menghalang pembinaan kabel internet dasar laut yang merentasi Laut China Selatan kerana risau ia digunakan oleh negara Barat untuk mengintip trafik internet mereka.

Komen