Laluan MRT Putrajaya Fasa 2 akan memulakan operasi jam 3 petang hari ini membuka laluan terus dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral. Sempena pelancarannya hari ini, perkhidmatan MRT Putrajaya Fasa 2 boleh digunakan oleh ramai secara percuma sehingga 31 Mac ini. Penggunaan tren MRT Putrajaya Fasa 1 masih akan dikenakan bayaran seperti biasa.

MRT Putraya Fasa 2 dibuka hampir setahun selepas Fasa 1 dibuka pada 16 Jun tahun lalu. Pada waktu tersebut hanya 12 hentian dibuka antara Kwasa Damansara ke Kampung Batu dengan jajaran sepanjang 17.5km. Dengan pembukaan penuh hari ini, 36 buat stesen kini dibuka dengan jajaran sepanjang 56 kilometer kesemuanya dan merangkumi 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Central. Seperti Fasa 1, Fasa 2 turut dibuka lewat berbanding tarikh asal Januari 2023.