Cari @ Amanz

Samsung Akan Membelanjakan Lebih RM1 Trilion Untuk Menjadikan Korea Pusat Penghasilan Cip Terbesar Dunia

Link Copied!

Kuasa besar teknologi penghasilan cip pada waktu ini ialah Taiwan menerusi TSMC. Teknologi penghasilan cip TSMC menjadi pilihan syarikat seperti Apple dan Qualcomm sehingga menyebabkan Samsung Foundry bermasalah mencari pelanggan. Walaupun berhadapan dengan isu ini, Samsung Electronics akan membelanjakan 300 trilion Won (~RM1 trilion) bagi menjadikan Korea Selatan pusat penghasilan cip dunia.

Ini adalah sebahagian daripada 500 trilion Won yang akan dilaburkan oleh sektor swasta Korea Selatan untuk merealisasikan impian besar menjadikan negara mereka kuasa besar penghasilan cip. Menerusi pelan ini, Korea Selatan ingin menjadi pusat penghasilan cip dunia menjelang 2042.

Samsung Electronics akan membuka sehingga lima kilang cip. Pihak kerajaan pula komited menawarkan dana 25 trilion Won dalam tempoh lima tahun dengan sehingga 100 bilion akan dibelanjakan tahun ini untuk membina infrastruktur kuasa elektrik dan air bagi menyokong sektor pembangunan cip.

Ini bolehlah dilihat sebagai jawapan Korea Selatan kepada Akta CHIPS yang diumumkan Amerika Syarikat yang juga ingin menjadikan negara mereka kembali sebagai kuasa besar penghasilan cip.


Komen ()