Xiaomi 13 Ultra adalah peranti mercu premium Xiaomi tahun ini dengan kamera Leica yang menggunakan sensor 1″. Peranti ini dikhabarkan sepatutnya dilancarkan ketika acara MWC Barcelona 2023, tetapi tidak berlaku dan mungkin akan tiba sekitar Mei nanti.
Spesifikasi penuh peranti ini masih belum diketahui, tetapi apa yang pasti adalah ia akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan menggunakan konfigurasi kamera lebih kurang sama Xiaomi 12S Ultra.

Informasi terkini yang didedahkan adalah, Xiaomi 13 Ultra akan menyokong pengecasan pantas 90W sahaja. Tidak pasti kenapa dihadkan kepada ini, sedangkan peranti mereka lain sudah menyokong sehingga 120W. Mungkin kerana kapasiti bateri atau modul kamera gergasi.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.