Xiaomi 13 Ultra Akan Mempunyai Sistem Kamera Mirip Xiaomi 12S Ultra

Diterbitkan pada Dis 6, 2022. oleh .

Sensor kamera Sony IMX989 adalah sensor 1-inci yang dibina bersama-sama dengan Xiaomi dan Leica. Ia kali pertama digunakan pada Xiaomi 12S Ultra yang eksklusif untuk pasaran China, tetapi sensor ini disahkan akan digunakan oleh pesaing dan peranti Xiaomi Leica akan dikembangkan ke pasaran global.

Peranti Xiaomi Leica yang disahkan akan dilancarkan ke peringkat global adalah siri Xiaomi 13 dengan variasi Pro sudah pun melepasi pengeasahan SIRIM. Peranti ini akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, menggunakan storan UFS 4.0, menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13, menawarkan ciri permua khusus untuk Genshin Impact dan menggunakan rekaan serba baharu dengan modul kamera mirip iPhone.

Peniris terkenal Digital Chat Station kini mendedahkan yang Xiaomi turut akan memperkenalkan Xiaomi 13 Ultra. Peranti inilah yang dikatakan akan menggunakan sensor 1-inci IMX989. Xiaomi 13 Ultra dikatakan akan menggunakan konfigurasi kuad-kamera dengan sensor PDAF dan dToF.

Peranti ini turut akan hadir dengan skrin E6 AMOLED dengan bezel nipis 1.61mm, memori LPDDRX5 dan pengecasan sehingga 120W. Butiran lanjut mengenai peranti ini dan tarikh pelancarannya akan diumumkan nanti. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2023 Kami