Cari @ Amanz

United Kingdom hari ini secara rasmi mengharamkan pemasangan aplikasi TikTok pada peranti yang digunakan oleh penjawat awam. Arahan diberikan beberapa hari selepas saranan diberikan kerana aplikasi didakwa boleh digunakan untuk tujuan pengintipan oleh kerajaan China menerusi data-data yang dikumpul.

TikTok

Pengharaman hanya termaktub pada peranti kerja yang diberikan kerajaan kepada penjawat awam. Mereka masih dibenarkan menggunakan aplikasi ini pada peranti milik peribadi. Pihak TikTok mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka kesal dengan tindakan kerajaan UK yang “mempunyai tanggalan salah dan didorong oleh pengaruh geopolitik yang lebih luas”.

UK kini mengikuti langkah Amerika Syarikat, dan Kesatuan Eropah yang telah mengharamkan pemasangan TikTok pada peranti kerja milik penjawat awam. Isu ini belum berakhir dengan pentadbiran Joe Biden ingin memaksa Bytedance menjual pegangan dalam TikTok sekiranya ingin dibenarkan terus beroperasi di Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd