Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A34 dan A54 dilancarkan secara mengejut tanpa sebarang acara beberapa hari yang lalu dengan ia akan dilancarkan di Malaysia ada 24 Mac. Bagi yang mencari peranti yang lebih mampu milik Samsung Galaxy A24 akan dilancarkan kelak dengan rekaan serta spesifikasi penuhnya telahpun tertiris.

Samsung Galaxy A24 dilengkapi skrin 6.5″ SAMOLED FHD+ 90Hz, dijana cip Helio G99, memori 4GB RAM, storan 128GB, dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 25W. Kamera utama mempunyai lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, 5MP ultra sudut lebar dan 2MP makro. Sementara di hadapan pula terdapat kamera 13MP yang diletakkan dalam takuk Infinity V.

Dari segi rekaan ia sama dengan Galaxy A34 tetapi pengimbas cap jari diletakkan pada sisi dan masih mempunyai bicu audio 3.5mm. Dengan maklumat peranti sudah tertiris, ini bermakna pelancarannya semakin hampir.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd