Cari @ Amanz

Huawei Tiada Perancangan Perkenal Pesaing ChatGPT Buat Masa Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei kini berkongsi mereka telah menggantikan ribuan komponen yang terkesan dengan halangan dagangan, melalui gantian keluaran domestik di China.

Disamping itu, Huawei turut menyatakan fokus terhadap terus membangunkan teknologi baharu dan masa depan. Selari dengannya, Huawei turut menyentuh ringkas berkenaan ChatGPT.

Dengan pelbagai syarikat menyertai arena berkenaan, Huawei menyatakan mereka tiada perancangan untuk memperkenalkan model bahasa seperti ChatGPT buat masa ini.

Walaubagaimanapun, Huawei akan lebih memfokuskan kepada kuasa perkomputeran disebalik kecerdasan buatan. Ini dilihat selari dengan perniagaan Huawei yang menawarkan sejumlah infrastruktur dan komponen untuk perkomputeran awan.


Komen ()