Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan DALL.E 2 dan Midjourney mempunyai kemampuan menghasilkan lukisan dengan pantas berpandukan input teks yang dimasukkan oleh pengguna. Sejak dari awal pengenalannya, AI ini menerima kecaman daripada golongan artis yang melihat ia sekadar mencuri harta intelek kerana dilatih menggunakan karya artis manusia tanpa kebenaran.

e

Golongan artis sekarang boleh bangkit menentang AI daripada terus mencuri karya seni mereka. University of Boston telah menerbitkan Glaze Project yang membuatkan karya seni tidak boleh digunakan untuk melatih AI. Glaze Project meletakkan “selubung” digital yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia. Tetapi apabila imej ini cuba dilihat oleh AI, sistem tidak akan mampu melihatnya.

Jika imej cuba dijana oleh AI berdasarkan imej ini, karya yang dihasilkan hanya muncul sebagai tompokan warna yang berbeza daripada karya pelukis asal. Pada waktu ini University of Boston memberikan Glaze Project secara percuma tanpa perancangan mengkomersialkannya. Artis yang ingin menjaga harta intelek atas talian mereka boleh memuat turun Glaze Project menerusi pautan di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd