Penyeludupan komponen-komponen komputer kedalam negara China bukanlah sesuatu yang baru. Sekiranya sebelum ini penyeludupan komponen-komponen seperti CPU dan sebagainya berlaku, kini ia telah dilaporkan bahawa satu lagi percubaan menyeludup komponen komputer telah ditumpaskan.

Pejabat Kastam China baru-baru ini telah mengumumkan bahawa terdapat percubaan untuk menyeludup masuk sebanyak 84 keping SSD M.2 kedalam negara tersebut melalui sebuah skuter elektrik.

Storan-storan SSD ini dimuatkan kedalam ruang rongga di bahagian tangkai pemegang skuter tersebut, yang mana imbasan yang dilakukan terhadap kenderaan tersebut memperlihatkan komponen-komponen ini didalamnya.

Penyeludupan komponen-komponen seperti ini secara lazimnya berlaku kerana percubaan untuk mengelak membayar cukai yang diperlukan apabila mengimport barangan seperti ini.
- Sumber
- Chinese Customs Office