Cari @ Amanz

Durioo+ merupakan perkhidmatan penstriman memfokuskan kepada kandungan mesra kanak-kanak, dan mengajar nilai hidup muslim melaluinya. Selain ditawarkan secara berasingan, kini hasil kerjasama Durioo dan juga Unifi, para pengguna Unifi boleh menebus pas untuk mengakses DuriooPlus secara percuma.

Pihak Unifi menyatakan penawaran ini adalah bersempena dengan bulan Ramadan, memberikan akses Durioo+ sehingga 30 April 2023 kelak.

Semua pelanggan Unifi Home boleh menikmati menebus pas percuma ini, dan seterusnya mengakses Durioo+. Selain melalui televisyen, kandungan Durioo+ juga turut boleh diakses melalui aplikasi mudah-alih Android dan juga iPhone.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman Unifi Activate dan menebus pas percuma anda hari ini untuk mengakses Durioo+

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd