Cari @ Amanz

Oppo Pad 2 turut diumumkan secara rasminya di China pada hari ini sekaligus menjadi model kesinambungan bagi Oppo Pad sebelum ini. Melaluinya tablet ini dilengkapi dengan skrin sebesar 11-inci LCD beresolusi 2.8K Ultra HD dan kadar segar semula 144Hz. Skrin ini juga menyokong beberapa ciri tambahan seperti nisbah skrin mencapai 88.14%, kecerahan puncak 500nits dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna.

Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 9000, memori 8/12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256/256GB UFS 3.1 terbina. Turut disertakan bateri sebesar 9510mAh dengan sistem pengecasan 67W yang boleh dicas semula menerusi port USB-C.

Selanjutnya kamera utama pula 13MP (EIS) yang diikuti dengan kamera swafoto 8MP. Peranti ini turut membenarkan rakaman video sehingga 4K/30fps dilakukan. Seterusnya ia turut menjalan ColorOS 13.1 berasaskan Android 13 dan sokongan bluetooth 5.2 terbina. Di China, tablet ini dijual pada harga bermula RMB2999 (~RM1950) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd