Cari @ Amanz

Kata kunci teknologi semasa ialah “AI” ataupun kecerdasan buatan. Semua faset perkhidmatan kini perlu mempunyai elemen AI sehingga ia boleh ditemukan di LinkedIN, DuoLingo, Office dan Bing. Menyedari permintaan untuk AI yang akan semakin meningkat, NVIDIA melancarkan DGX Cloud yang menawarkan pemproses berkuasa di awanan.

Dengan DGX Cloud, akses kepada siri komputer berkuasa NVIDIA DGX di awanan. Pembangun boleh mengakses perkomputeran awanan DGX menerusi pelayar web dan dengan ini boleh membangunkan kecerdasan mereka sendiri. Sistem DGX Cloud adalah berskala dengan akses kepada satu nod ditawarkan pada harga $36,999 sebulan. Pelanggan kemudian boleh menambah atau mengurangkan akses kepada nod mengikut keperluan perniagaan.

Pelanggan yang sudah membeli komputer NVIDIA DGX sebelum ini boleh menggabungkan kuasa komputer fizikal dengan awanan untuk ia beroperasi secara selari. Setiap nod DGX Cloud dilengkapi lapan GPU DGX A100 atau DGX H100 dengan 640GB RAM. Harga langganan bulanan yang ditawarkan mungkin nampak mahal tetapi sekiranya perkakasan DGX A100 dibeli, ia boleh bermula daripada $199,000 sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd