Carian
Do Kwon Ditangkap Di Montenegro Selepas Enam Bulan Melarikan Diri
March 24, 2023 Effi Saharudin

Pengasas syarikat Terraform Labs, Do Kwon telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Montenegro semalam selepas berjaya melarikan diri selama enam. Notis merah dikeluarkan Interpol ke atas beliau Oktober tahun lalu atas penglibatan dalam skandal wang kripto Luna dan TerraUSD (UST) yang lalu menyebabkan pelabur kerugian lebih $40 bilion.

Selepas kejatuhan skim pelaburan ini, Do Kwon melarikan diri ke Singapura. Bagi menghadapkan beliau ke muka pengadilan, pihak berkuasa Korea Selatan telah meminta bantuan Interpol. Beliau ditangkap bersama seorang lagi suspek di dalam kes ini kerana didapati menggunakan dokumen palsu ketika cuba terbang ke Dubai.

Tahun 2022 adalah tahun yang malang bagi pelabur kripto dengan puluhan skim penipuan dilaporkan serta penutupan syarikat besar seperti FTX dan Three Arrow Capital apabila nilai menyusut mendadak. Impaknya masih dapat dirasai dengan nilai kripto utama masih belum kembali ke nilai tertinggi penghujung 2021.

Komen