Ketika pandemik antara ciri paling mantap iPhone ialah menyahkunci peranti menggunakan Apple Watch. Tanpa perlu menekan skrin, iPhone dinyahkunci dengan pantas sekiranya Apple Watch dikesan pada tangan. Tetapi Apple Watch masih mempunyai satu isu melecehkan iaitu masih memerlukan kod kunci dengan antaramuka yang kecil.

Tidak lama lagi era memasukkan kod kunci pada Apple Watch akan berakhir jika teknologi terbaru yang dipatenkan Apple menjadi kenyataan. Menerusi paten terkini yang difailkan oleh Apple baru-baru ini, sebuah kamera akan diletakkan pada tali jam. Ia boleh digunakan untuk pengesahan identiti menggunakan Face ID bagi melakukan nyahkunci dan transaksi pembelian.

Dalam dokumen yang sama, kamera dapat dilihat bersaiz kecil dengan sensor bersaiz di antara .9MP hingga 12MP. Apple Watch tidak pernah ditawarkan dengan kamera sebelum ini tetapi terdapat aksesori pihak ketiga yang menawarkan tali pada jam.
Ini bukan kali pertama paten jam pada Apple Watch difailkan tetapi dengan saiz Apple Watch semakin besar serta mempunyai pemproses semakin berkuasa, diharap Face ID pada jam tangan pintar ini akan menjadi realiti.
- Sumber
- Apple Insider