RedMagic 8 Pro Titanium Dengan Rekaan Lutsinar Dan 16GB RAM Turut Ke Pasaran Malaysia
Fahim Zahar
Hari ini RedMagic turut mengumumkan kehadiran RedMagic 8 Pro Titanium yang akan memasuki ke pasaran Malaysia. Peranti yang sama dengan RedMagic 8 Pro sebelum ini tetapi dengan memori 16GB RAM. Bukan itu sahaja, variasi ini hadir dengan panel belakang lutsinar sama seperti RedMagic 7S Pro yang kami ulas tahun lepas.
[info] Ulasan – RedMagic 8 Pro Hebat Tetapi Menguji Kesabaran [/info]

Rekaan lutsinar ini mendedahkan kipas penyejuk fizikal selain turut menggunakan konfigurasi RGB yang berbeza. Lain-lain pada rekaan adalah sama sahaja dengan 8 Pro biasa. Warna pula adalah perak dan putih yang nampak cantik serta seksi.

Skrin peranti adalah 6.8″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Kamera adalah 50+8+2 Megapixel, bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W dan menyokong kawalan butang bahu.
Seperti monitor gaming mereka, RedMagic 8 Pro turut akan dijual di Malaysia pada 4 April nanti. Harga jualan adalah RM4,299.