Cari @ Amanz

Unifi kini hadir dengan laman pendaftaran minat, sekaligus mengacah bakal memperkenalkan pakej internet baharu dengan kelajuan mencapai 2Gbps.

Melalui laman pendaftaran minat berkenaan, Unifi dilihat menggunakan perkataan “Ultra”, yang mana mungkin merupakan nama untuk pelan atau pakej terbaru mereka kelak.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pengenalan untuk pelan baharu ini. Pada hari ini, Unifi menawarkan pelan dengan kelajuan paling tinggi adalah pelan 800Mbps pada harga langganan RM299 sebulan.

Untuk penawaran pelan 2Gbps, ia kini hanya disediakan oleh TIME di beberapa lokasi secara terhad, pada harga RM379 sebulan. Mungkinkah kita akan melihat Unifi Ultra ini ditawarkan secara lebih meluas pada harga lebih kompetitif?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd