Carian
Solana Saga Bakal Dilancarkan Pada 13 April 2023 – Telefon Web3 Berasaskan Android
March 26, 2023 Aman

Pada tahun lepas, ketika era populariti arena kriptowang dan rantaian-blok pada tahap tinggi, pihak Solana telah mengumumkan perancangan untuk hadir dengan sebuah telefon pintar bagi para peminat web3, iaitu Solana Saga.

Kini, setelah senyap seketika, pihak pembangunnya secara rasminya berkongsi mengatakan Solana Saga bakal dilancarkan pada 13 April 2023 kelak.

Untuk makluman, Solana Saga ini adalah evolusi daripada OSOM OV1 yang dibangunkan oleh bekas kakitangan Essential.

Telefon dengan fokus Web3 ini akan hadir dengan skrin AMOLED 6.67-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori 12GB RAM LPDDR5, dan storan 512GB. Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP.

Pada bahagian perisian, Solana Saga ini menggunakan Android 13, serta dilengkapi sokongan web3, integrasi mengumpul NFT, Seed Vault, Saga Pass, dan gedung aplikasi dApp Store.

Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan produk akhir Solana Saga pada bulan April kelak.

Komen