iOS 16.4 kini boleh dimuat turun peranti iPhone yang disokong dengan saiz 1.98GB. Menerusi kemas kini beberapa ciri baharu, tampalan sekuriti dan ketercapaian diberikan oleh Apple kepada pengguna. Ciri pertama ialah kemampuan membatalkan hingar ketika melakukan panggilan telefon. Audio suara pengguna akan kedengaran lebih jelas dengan bunyi latar belakang diredam.

Seterusnya ialah penambahan 21 lagi emoji baharu untuk digunakan dalam peranti seperti sayap malaikat, keldai, obor-obor dan WiFi. Bagi mereka yang mempunyai penyakit sawan pula, ciri ketercapaian baharu mengurangkan keterangan skrin apabila mengesan kelipan cahaya yang kerap serta terang dalam kandungan video. Ini mengelakkan individu yang sensitif kepada kerdipan cahaya tidak akan diserang sawan.
Ciri lain ialah pengesanan gambar berganda pada Photos dan iCloud. Saranan untuk memadam gambar akan dilakukan untuk penjimatan ruang. Akhir sekali pengesanan kemalangan telah diperhalusi lagi pada siri iPhone 14. Terdapat banyak lagi penambahbaikan diberikan dengan senarai boleh diakses di bawah. Seperti biasa kemas kini iOS boleh dilakukan secara OTA sekarang.
- Sumber
- Apple