Cari @ Amanz

Firma implan otak Neuralink yang dimiliki oleh Elon Musk ingin memulakan ujian klinikal mereka ke atas manusia dalam masa terdekat. Sebelum ini Musk pernah berkata ia akan dimulakan dalam masa terdekat tetapi sudah beberapa tahun tertangguh dengan permohonan kepada FDA ditolak atas beberapa isu keselamatan penerima implan.

Neuralink

Menurut Reuters, Neuralink kini sedang mencari sekutu dalam bidang pembedahan otak sebelum ujian boleh dimulakan. Memetik enam sumber dalaman, antara firma yang sedang dalam perbincangan ialah  Barrow Neurological Institute yang terletak di Arizona. Menerusi implan mereka, Neuralink ingin mengembalikan kemampuan bergerak pada pesakit strok dan menjadikannya antaramuka dengan komputer untuk membolehkan komunikasi secara terus.

Sebelum ini Neuralink mempunyai kerjasama dengan University of California, Davis untuk melakukan ujian ke atas haiwan tetapi ia ditamatkan pada tahun 2020 tanpa sebab diberikan. Tahun lalu Neuralink disiasat oleh Jabatan Haiwan Amerika Syarikat atas dakwaan haiwan yang diuji didera dengan kadar kematian yang tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd