Carian
Neuralink Akan Disiasat Di Amerika Syarikat Kerana Didakwa Mendera Haiwan
December 6, 2022 Effi Saharudin

Menerusi Neuralink, implan boleh dipasang pada otak dengan ia kemudiannya digunakan untuk mengawal permainan video dan di masa hadapan mengembalikan kemampuan berjalan pada individu yang lumpuh. Syarikat in mendapat perhatian ramai kerana dimiliki oleh Elon Musk dengan demo beliau menjanjikan ianya selamat dengan baru-baru ini ujian ke atas manusia bakal dimulakan dalam masa enam bulan.

Tetapi menurut laporan Reuters, Neuralink bakal disiasat oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat kerana dakwaan penderaan haiwan yang dilakukan di makmal. Sebelum ini wujud laporan peratusan kematian yang tinggi pada haiwan yang digunakan dalam ujian di makmal. Kematian berlaku kerana arahan daripada Elom Musk untuk mempercepatkan ujian yang dilakukan. Oleh itu haiwan yang diuji mati dan terseksa kerana pelbagai kesilapan yang telah dilakukan.

Sebanyak 1500 haiwan dilaporkan mati sejak Neuralink memulakan ujian pada tahun 2018. Haiwan yang digunakan adalah khinzir, monyet, kambing biri-biri, dan tikus. Selain Neuralink, Synchron juga membangunkan implan yang membaca gelombang otak bagi membolehkan insan lumpuh mengawal komputer dan menaip dengan hanya berfikir.

Komen