Carian
Redmi A2 Dan A2+ Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
March 29, 2023 Amy Maizuraa

Redmi A2 dan Redmi A2+ baru sahaja dilancarkan sebagai dua lagi spesifikasi kelas asas baharu. Berkongsi lebih lanjut, peranti kini ditemui tersenarai di laman SIRIM Malaysia pada 13 Februari 2023 untuk Redmi A2. Sementara itu, Redmi A2+ pula disenaraikan pada 22 Februari 2023. Kedua-duanya didaftarakan oleh Xiaomi Technologies Malaysia dan secara lazimnya mana-mana peranti yang sudah memasuki pangkalan data ini memberi gambaran bahawa pelancaran di Malaysia adalah semakin hampir.

Cuma yang menjadi persoalan, bilakah ianya bakal ditawarkan di Malaysia secara rasmi masih tidak diketahui. Begitu juga dengan pilihan memori dan storan yang akan disediakan. Justeru, sama-sama kita nantikan perkongsian selanjutnya oleh pihak Xiaomi Malaysia sendiri.

Redmi A2 dan Redmi A2+ diumumkan dengan hanya satu perbezaan, di mana wujudnya pengimbas cap jari di panel belakang variasi plus. Sementara itu, lain-lain spesifikasi adalah sama pada kedua-duanya. Bermula dengan panel hadapan, ia sejenis bertakuk kecil sebesar 6.52-inci LCD dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula standard. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G36, kamera utama 8MP + QVGA, swafoto 5MP dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W melalui port mikroUSB.

Komen