Cari @ Amanz

Jun tahun lalu Apple Pay Later diumumkan dengan ia merupakan perkhidmatan bayar nanti pakai lekas (BNPL) mereka sendiri. Menerusi kemas kini iOS 16.4 dan iPadOS 16.4 yang diberikan semalam, Apple Pay Later mula ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat.

Menerusi Apple Pay Later, pembelian boleh dilakukan dengan pembayaran sebanyak empat kali dalam tempoh enam minggu tanpa sebarang faedah. Pengguna boleh memohon pinjaman antara $50-$1000 yang kemudiannya dikreditkan ke dalam Apple Pay untuk melakukan sebarang pembayaran secara atas talian.

Pengguna yang layak akan dijemput menggunakan Apple Pay Later sejak semalam dalam jumlah yang terhad sebelum ia dikembangkan ke lebih banyak pengguna dalam bulan-bulan mendatang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd