Cari @ Amanz

Siri Redmi Note 12 telah dilancarkan di China sejak tahun lepas lagi. Hanya minggu lepas versi global diumumkan dan hari ini Xiaomi Malaysia mengesahkan yang siri Redmi Note 12 akan dilancarkan di Malaysia pada 5 April nanti.

Terdapat beberapa peranti di bawah siri ini iaitu Redmi Note 12 Pro+, Redmi Note 12 Pro dan juga Redmi Note 12 biasa. Versi Pro menggunakan cip Dimensity 1080, skrin AMOLED Dolby Vision 120Hz, kamera 200MP dan pengecasan 120W. Sementara model asas mereka hadir dengan cip Snapdragon 4 Gen 1 dan kamera 48MP.

Di China harga Pro mencapai sekitar RM1500 dan yang asas pula sekitar RM800 sahaja. Adakah harga Malaysia lebih kurang atau lebih berbaloi? Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd