Carian
Lockheed Akan Menawarkan Perkhidmatan Satelit Komunikasi Dan GPS Untuk Bulan
March 29, 2023 Effi Saharudin

Misi Artemis telah dimulakan dengan ujian pelancaran Artemis I penghujung tahun lalu sebagai persediaan untuk menghantar angkasawan kembali ke bulan pada tahun 2025. Untuk menyokong misi jangka panjang di bulan, sebuah markas dengan sistem komunikasi ke bumi yang baik adalah diperlukan. Lockheed Martin telah mengumumkan pembentukan anak syarikat baharu Crescent Space Services yang akan menawarkan perkhidmatan komunikasi di permukaan bulan.

Rangkaian satelit Crescent Space yang diberi gelaran Parsec bukan sahaja memudahkan komunikasi dari bulan ke bumi tetapi juga antara angkasawan di permukaan bulan kembali ke markas. Lebih penting lagi ialah ia juga mempunyai ciri sekunder sebagai satelit sistem GPS untuk permukaan bulan. Crescent Space berharap NASA akan menjadi antara pelanggan mereka apabila sistem ini beroperasi sepenuhnya.

Selain Crescent Space, Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) turit ingin melancarkan misi Lunar Pathfinder yang menggunakan rangkaian satelit GPS dan Galileo untuk memberikan kedudukan yang tepat pada permukaan bulan.

Komen