Cari @ Amanz

Nokia memperkenalkan imej baharu mereka di MWC pada bulan Februari lalu menggantikan logo ikonik yang digunakan sejak berdekad lamanya. Di bawah program imej baharu mereka, Nokia telah melancarkan pula antaramuka Pure UI untuk peranti Android keluaran mereka. Selama ini Nokia menggunakan antaramuka Android asli tanpa sebarang perubahan.

Pure UI ia pelancar yang minimalis dengan ikon yang nampak mudah dan ringan. Mod malam juga disokong pada Pure UI. Berdasarkan imej yang dikongsi, Pure UI memberikan imej ia sebuah pelancar yang ringan serta mudah digunakan. Turut diperlihatkan ialah pengguna Pure UI pada jam tangan pintar. Bagi menyokong wajah baru ini, Nokia telah menghasilkan muka taip baharu Nokia Pure.

Nokia belum mengatakan bilakah antaramuka Pure UI akan mula digunakan pada peranti mereka serta bila kemas kini akan diberikan kepada peranti sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd