Carian
Samsung Galaxy A14 5G Kini Di Malaysia Pada Harga RM949
March 31, 2023 Amy Maizuraa

Galaxy A14 5G merupakan sebuah lagi pilihan peranti kelas asas baharu daripada Samsung. Ini sekaligus memberi lebih pilihan untuk dimanfaat oleh pengguna pada hari ini. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM949 (6GB/128GB) dengan pilihan warna seperti Black, Dark Red dan Silver. Ketersediaan bermula sekarang menerusi kedai atas talian rasmi dan pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia.

Peranti ini menggunakan tubuh bersama sisi melengkung yang dicantum pula dengan skrin bertakuk kecil. Saiz skrin ialah sebesar 6.6-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga memuatkan kamera swafoto 13MP yang mana lebih baik berbanding 5MP pada Galaxy A13 5G. Konfigurasi kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP ( makro).

Seterusnya cip MediaTek Dimensity 700 digunakan dengan gabungan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB terbina. Turut disediakan pada peranti ialah ruang mikroSD sehingga 1TB dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 15W. Sebagai pilihan, anda juga boleh dapat Galaxy A14 4G dengan Exynos 850 yang dijual pada harga lebih rendah RM799.

Komen