Cari @ Amanz

Skrin luaran yang lebih besar akan membolehkan lebih banyak perkara dilakukan oleh pemilik tanpa skrin boleh-lipat dibuka. Inilah salah satu ciri yang mungkin disertakan pada peranti rekaan clamshell akan datang Samsung Galaxy Z Flip5. Ia berikutan tularnya beberapa imej dan video yang berpotensi memberi gambaran kasar tentang peranti ini.

Salah satu hal yang menarik pada Galaxy Z Flip5 ialah skrin sekunder lebih besar. Paparan ini dilihat menggunakan sebahagian besar ruang di bahagian luar peranti. Dengan paparan yang besar, pengguna kelak melakukan pelbagai tugasan tanpa perlu membuka paparan utama. Sekaligus menjadikan tugas harian mampu dilakukan dengan lebih cepat dan cekap berbanding sebelum ini. Tapi sayangnya, maklumat mengenai saiz masih belum diketahui tetapi dijangka boleh melebihi 3-inci.

Seterusnya paparan ini turut dipadankan pula dengan takuk seumpam yang terdapat pada skrin utama Galaxy Fold sebelum ini. Dalam masa sama turut menempatkan sistem dwi-kamera utama yang diubah susunan kedudukannya pada orientasi melintang. Sekali lagi tiada maklumat mengenai konfigurasi kamera yang diketahui buat masa ini. Selain itu, paparan juga dikatakan mungkin lebih responsif dengan penggunaan teknologi skrin sesentuh baharu. Dengan ini, pengalaman penggunaan lebih lancar dengan tindak balas yang cepat pasti boleh dinikmati melaluinya.

Sebagai tambahan, Galaxy Z Flip juga dipercayai menggunakan engsel serba baharu yang membolehkan peranti ditutup dengan rapat tanpa ruang ketara. Ia juga mempunyai penarafan kalis air IP68 yang menjadikannya pilihan cukup ideal bagi mereka yang suka membawa peranti dalam keadaan luar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd