Carian
Ini Cara Memindahkan Fail Android Ke Windows Dengan Nearby Share
April 4, 2023 Fahim Zahar

Semalam Android telah melancarkan aplikasi baharu untuk Windows iaitu Nearby Share Beta for Windows. Melaluinya pengguna boleh memindahkan pelbagai fail dari peranti Android ke peranti Windows dengan mudah seakan AirDrop pada iPhone dengan MacBook.

Nearby Share bagi yang masih tidak tahu sedia terpasang pada peranti Android masing-masing (asalkan Android 6.0 ke atas dan ada Google Play Store) adalah jawapan Google kepada Apple untuk AirDrop. Nearby Share juga lebih berkuasa kerana ada banyak kawalan, menyokong pemindahan fail ke banyak peranti serentak dan turut boleh menghantar fail bersaiz besar.

Dalam artikel ini akan saya kongsi cara menggunakannya;

  • Muat turun Nearby Share Beta for Windows di laman web Android.
  • Pasang pada peranti Windows anda.
  • Ubah tetapan privasi sama ada;
    • Terima daripada semua pengguna.
    • Terima daripada kenalan.
    • Terima daripada peranti anda.
    • Peranti disembunyikan.
  • Jika anda ingin Nearby Share sentiasa boleh menemui peranti anda hidupkan “Pastikan mod semua orang dihidupkan sepanjang masa”.
  • Hidupkan Nearby Share pada peranti Android dan pastikan tetapan privasi boleh ditemui oleh Windows.
  • Untuk hantar fail dari Windows ke Android hanya drag and drop sahaja ke tetingkap Nearby Share atau pilih fail/pilih folder.
  • Pada peranti Android tekan terima atau jika ia adalah peranti anda sendiri dengan akaun sama ia akan terima dengan automatik.
  • Jika anda ingin pindahkan dari peranti Android ke Windows pula pilih fail yang anda inginkan dan tekan butang kongsi.
  • Pilih “Share via Nearby Share”.
  • Pilih komputer anda.
  • Jika anda memindahkan ke banyak peranti tekan sahaja satu demi satu peranti yang tersenarai.
    Komen