Motorala mengemaskini peranti kelas mercunya dengan penawaran baharu menerusi Edge 40 Pro. Ia hadir dengan tubuh melengkung pada panel hadapan dan belakang, selain turut melepasi penarafan kalis air IP68 sebagai pelindungan tambahan. Skrin pula sejenias berlubang kecil di tengah yang juga memuatkan kamera swafoto 60MP.

Pengalaman bertambah baik dengan skrin AMOLED sebesar 6.67-inci yang juga menyokong kadar segar semula 165Hz dan HDR10+. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 12GB RAM (LPDDR5X) dan storan dalaman 256GB (UFS4.0) sebagai tunjang utama pada peranti. Bateri pula sebesar 4,600mAh yang juga disertakan dengan sistem pengecasan berwayar 125W dan nirwayar 15W.

Untuk tetapan kamera, Motorola menggunakan kamera utama 50MP sebesar 1/1.55″ dengan OIS. Ia kemudiannya diikuti pula dengan lensa kedua 50MP (sudut ultra lebar) dan 12MP pula untuk telefoto. Rakaman 8K turut boleh dibuat mengguanakan kamera utama, sementara itu kamera swafoto pula terhad kepada 4K.

Motorola juga menjanjikan kemaskini sehingga tiga tahun untuk sistem operasi dan sistem sekuriti pula sehingga empat tahun. Peranti dijual pada €899.99 dengan dua pilihan warna seperti Lunar Blue dan Interstrellar Black. Masih belum jelas mengenai penawarannya di Malaysia tetapi Motorola Edge 30 Pro sebelum ini boleh didapati pada RM2699.
- Sumber
- Motorola Europe