MacBook Pro 14″ Dan 16″ Tidak Akan Menggunakan Skrin OLED Sehingga 2026
Fahim Zahar
Apple dilaporkan secara perlahan ingin menggunakan skrin OLED pada semua produk mereka. Antara yang dilaporkan sebelum ini adalah iPad dan MacBook yang dikatakan akan mula digunakan pada tahun 2024.
Laporan terkini menyatakan yang Apple MacBook Pro 14″ dan 16″ tidak akan menggunakan skrin OLED sehingga tahun 2026. Maklumat daripada Reuters ini memberitahu yang Samsung Display ada melabur sebanyak 4.1 trilion won iaitu sekitar RM13,749,746,376 untuk pengeluaran panel OLED tahun 2026 di Asan, Korea Selatan

Panel OLED ini dikatakan adalah untuk tablet dan komputer. Walaupun Reuters tidak memberitahu panel ini akan digunakan pada produk apa, Ross Young mendakwa ia adalah untuk MacBook Pro 14″ dan 16″. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, MacBook Air mungkin adalah MacBook pertama dengan panel OLED sebagai eksperimen untuk melihat reaksi dan maklum balas pengguna.