Carian
ASUS ROG Phone 7 Dijangka Memasuki Pasaran Tempatan Sekitar Pertengahan Mei Ini
April 6, 2023 Nazrin

Baru-baru ini kami ada melaporkan bahawa ASUS akan mengumumkan pengenalan siri peranti pintar terbaru mereka, ASUS ROG Phone 7 pada 13 April ini.

Peranti ini dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dan akan menawarkan sejumlah besar penambahbaikan dari segi rekaan, ciri dan fungsi, dan juga penawaran aksesori.

ASUS Malaysia juga mengatakan bahawa siri peranti ASUS ROG Phone 7 ini akan diperkenalkan di pasaran tempatan sekitar pertengahan bulan Mei ini. Buat masa ini mereka tidak memberitahu sebarang butiran lanjut seperti penawaran tempdan sebagainya, dan mengatakan bahawa kita akan perlu menunggu seketika lagi untuk butiran tersebut.

Komen