Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan berada di mana-mana dan anda tidak mampu lari daripadanya. Hari ini papan kekunci SwiftKey Beta mula menawarkan ciri Bing AI secara terbina bagi pengguna peranti Android. Ia boleh diakses menerusi ikon Bing berwarna biru yang dipaparkan pada bucu atas kiri.

Menerusi integrasi Bing AI, pengguna boleh melalukan carian Bing terus dari dalam papan kekunci. Lebih berguna ialah kemampuan menyuruh Bing AI menulis semula teks berdasarkan teks asal yang sudah ditaip. Terdapat ton bahasa “Professional,” “Casual,” “Polite,” dan “Social post” yang boleh dipilih. Terdapat juga ciri chat untuk menghasilkan kandungan tertentu. Ciri yang sebelum ini hanya boleh diakses menerusi pelayar web kini diintegrasikan pada papan kekunci.

Pada waktu ini Bing AI hanya boleh diakses pada SwitfKey Beta. Orang ramai boleh memuat turun aplikasi ini untuk mencubanya pada peranti Android. Masih tiada maklumat sama ada sokongan untuk iOS akan diberikan dalam masa terdekat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd