Kenderaan elektrik menggunakan bateri (BEV) ialah jawapan kepada isu pencemaran udara di dunia sekarang. Tetapi kita menyedari bateri tidak wujud dari udara tetapi bahan asasnya masih perlu dilombong dan dengan permintaan untuk BEV semakin meningkat ia kini juga menyumbang kepada pencemaran. Pada waktu yang nikel dan lithium yang diperlukan semakin mahal kerana permintaan tinggi.

Tesla kini mengatakan mereka akan menggunakan bateri berasaskan besi untuk kenderaan BEV mampu milik dan Tesla Semi yang beroperasi dalam jarak yang pendek keluaran mereka. Bateri lithium besi fosfat (LFP) menggantikan nikel dengan besi sebagai komponen. Ia lebih murah tetapi mempunyai kepadatan kuasa lebih rendah dan juga lebih berat berbanding bateri berasakan nikel. Pada waktu yang sama ia mempunyai kelebihan tidak begitu mudah terbakar.
Sejak dari awal syarikat ditubuhkan, Tesla ingin menawarkan kereta elektrik yang lebih mampu milik dengan harga bawah $30,000 sebuah. Sehingga kini ia belum menjadi realiti kerana kos yang semakin meningkat.