Takhta pengecas terpantas dunia sekarang dipegang oleh Realme yang menawarkan pengecasan 240W pada GT3 awal tahun ini. Redm pula telah mengumumkan pengecasan 300W tetapi ia masih lagi di peringkat ujian. Terkini menurut maklumat yang ditiriskan oleh Digital Chat Station, Oppo juga sedang membangunkan sistem dengan kuasa yang sama.
Sistem pengecasan SuperVOOC 300W ini dijangka akan diperlihatkan pada penghujung tahun ini. Besar kemungkinan ketika acara Oppo Inno Day yang menjadi platform inovasi mereka diperlihatkan kepada umum. Dengan teknologi ini bateri sebesar 4450mAh dapat dicas dalam masa hanya lima minit.
Teknologi pengecasan pantas kini diterajui oleh syarikat daripada China. Pada produk kelas pertengahan mereka sekalipun, pengecasan 67W sudah mula dianggap biasa dan perlahan. Hanya pengeluar daripada Barat dan Korea Selatang yang masih berani menawarkan pengecasan bawah 50W sebagai “pantas”. Adakah pengecasan pantas penting bagi anda sebelum melakukan pembelian?