Carian
Rangkaian 5G Kini Mencapai 55% Di Kawasan Berpenduduk
April 9, 2023 Aman

Rangkaian 5G terus diperluaskan dari hari ke hari, dan kini rangkaian 5G telah mencapai 55% kawasan penduduk di Malaysia. Angka terbaru ini adalah setakat penghujung Mac 2023 yang lepas.

Dengan pencapaian ini, hanya tinggal berbaki 25% lagi sebelum sasaran 80% untuk tahun 2023 ini dicapai.

Fahmi Fadzil turut berkongsi mengatakan pihak kerajaan akan bertemu pada minggu ini dalam menentukan dasar pelaksanaan 5G di Malaysia. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan dengan perkara ini dalam masa terdekat ini.

Pada hari ini, rangkaian 5G boleh diakses melalui rangkaian Celcom, Digi, U Mobile, Unifi Mobile, Yoodo dan juga Yes. Sejumlah lokasi di bandar-bandar utama sedia menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna.

Komen