Sebelum ini kami melaporkan Apple telah menghentikan pengeluaran cip siri Apple M2 mereka pada bulan lalu disebabkan kurangnya permintaan di pasaran. Hari ini IDC mengeluarkan laporan pasaran komputer peribadi yang menunjukkan penyusutan yang besar pada pasaran pada suku pertama 2023.

Secara keseluruhan pasaran komputer peribadi susut 29% pada Q1 2023 berbanding Q1 2022. Lenovo mencatatkan pengeluaran terbesar dengan pegangan 22.4% diikuti oleh HP (21.1%),Dell (16.7%), Apple (7.2%), dan ASUS (6.8%). Semua pengeluar dalam kelompok lima terbesar ini mencatatkan penyusutan pengeluaran dua angka.
Apple paling teruk terjejas dengan pengurangan pengeluaran 40.5% dan Dell di tangga kedua dengan 31% dengan Lenovo serta Asus masing-masing susut 30.3%. Pasca pandemik permintaan untuk komputer peribadi berkurangan dengan mendadak dan kesannya boleh dilihat sejak Q3 2022 lagi.
- Sumber
- IDC