Cari @ Amanz

Menerusi Twitter Circle, ciapan yang dihantar hanya boleh dilihat oleh individu yang dimasukkan ke dalam lingkungan peribadi yang kecil. Ini membolehkan perkongsian rahsia atau yang bukan untuk semua dilakukan dengan lebih selamat. Tetapi menurut laporan TechCrunch, pepijat pada Twitter mengakibatkan ciapan Circle dilihat oleh semua orang dalam susur masa For You.

Twitter masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pepijat ini. Ia telahpun berlaku beberapa kali dan untuk memastikan keselamatan anda disarankan untuk tidak menggunakan Circle pada waktu ini untuk perkongsian yang lebih peribadi. Sebelum ini pepijat Circle hanya tidak menyertakan ikon yang menyatakan ciapan tersebut adalah peribadi dan boleh dilihat sebahagian kecil pengguna sahaja.

Sejak diambil alih oleh Elon Musk, Twitter yang selama ini kurang bermasalah berhadapan dengan pelbagai isu seperti perkhidmatan terganggu dan kandung berbahaya tidak dibuang dengan secepat mungkin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd