Carian
Samsung Galaxy M14 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
April 11, 2023 Amy Maizuraa

Peranti di bawah siri Samsung Galaxy M sering memfokuskan kepada penawaran bateri bersaiz besar. Hal ini samalah seperti Samsung Galaxy M14 yang juga dibekalkan bateri besar 6000mAh meskipun hadir dengan spesifikasi kelas permulaan.

Berkongsi dengan lebih lanjut, peranti tersebut kini telah ditemui tersenarai di laman SIRIM Malaysia pada 7 April 2023. Ia didaftarkan oleh Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd dan lazimnya mana-mana peranti yang memasuki pangkalan data ini memberi gambaran bahawa pelancaran di Malaysia adalah semakin hampir.

Bagaimanapun bilakah peranti bakal ditawarkan di Malaysia secara rasmi masih tidak diketahui. Begitu juga dengan pilihan memori dan storan dalaman yang disediakan memandangkan terdapat dua variasi berbeza disediakan di pasaran luar. Justeru, sama-sama kita nantikan perkongsian selanjutnya oleh pihak Samsung Malaysia sendiri.

Komen