Cari @ Amanz

Bukan lagi rahsia mengenai peranti skrin boleh lipat baharu Vivo X Fold 2 bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Peranti juga sebelum ini telah diperlihatkan sepenuhnya menerusi video di Weibo. Maklumat mengenai cip pemprosesan juga pernah tertiris sebelum ini yang dipercayai menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Terbaharu ia diikuti dengan beberapa maklumat mengenai jenis skrin, bateri dan storan pula. Vivo V Fold2 dikatakan hadir dengan skrin utama sebesar 8.03″ dengan resolusi 2160 X 1916 piksel dan kepadatan piksel 1800nits. Seterusnya skrin sekunder pula bersaiz 6.53″ (2520 X 1080 piksel) bersama kepadatan piksel 1600nits. Kedua-dua skrin juga dilengkapi bahan E6 yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz.

Tiada kapasiti memori dan storan didedahkan, namun ianya kelak berasaskan LPDDR5X dan UFS4.0. Cip Snapdragon 8 Gen 2 juga akan digunakan dengan gabungan cip ISP Vivo V2. Seterusnya diikuti pula dengan bateri 4800mAh yang juga menyokong pengecasan berwayar 120W dan nirwayar 50W.

Tiada tarikh pelancaran khusus didedahkan buat masa ini, namun dipercayai tiba sekitar bulan ini. Dalam pada itu, penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 2 pada peranti juga dianggap menarik. Bagaimana pula agaknya dengan generasi baharu peranti lipat Samsung selepas ini? Adakah ia juga dikemaskini dengan cip berkuasa yang sama?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd