Menteri kini sedang sibuk memastikan harga langganan Internet di Malaysia adalah lebih murah dari penawaran yang syarikat telekomunikasi berikan sekarang. Melaluinya Pakej Perpaduan untuk pelan lajur lebar tetap diumumkan.
Unifi menawarkan Unifi Home 30Mbps pada harga RM69 sebulan, YTL pula dengan 30Mbps Unlimited pada harga sama dan TIME akan hadir dengan pelan MyKabel dengan kelajuan 100Mbps juga pada harga RM69 sebulan.
Terkini TIME secara rasminya mengumumkan pula pelan MyKabel dengan kelajuan 100Mbps, 500Mbps dan 1Gbps. Jika anda tidak tinggal di bangunan PPR dan PA, harga langganan dua pelan ini adalah RM99, RM139 dan RM199 sebulan. Khas untuk MyKabel dan penduduk di PPR dan PA harga langganan ini menerima potongan RM30 dan RM20.
Ini bermakna pelan 100Mbps anda boleh dapatkan pada harga RM69, pelan 500Mbps pada harga RM119 dan 1Gbps pada harga RM179. Menariknya jika anda sedia tinggal di rumah PPR dan PA yang tersenarai dan telah melanggan TIME, anda layak menerima diskaun ini.
Pelan MyKabel ini layak untuk mereka yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih dengan syarat pendaftaran dilakukan dari bulan Mac ke Disember 2023. Setiap pelan mempunyai kontrak 24 bulan. Berikut adalah senarai lokasi yang menyokong pelan ini;
- PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
- PPR Kota Damansara, Selangor
- PPR Lembah Subang, Selangor
- PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
- PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
- PPR UDA Utama, Johor
- PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
- PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)