Carian
PPZ-MAIWP Kini Menawarkan Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Secara NFC
April 14, 2023 Amy Maizuraa

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bekerjasama dengan Fass Payment Solution Sdn Bhd untuk menyediakan satu lagi solusi mudah bagi pembayaran zakat fitrah. Melalui kerjasama tersebut, PPZ-MAIWP kini menawarkan kemudahan pembayaran zakat secara NFC menerusi sistem Fasstap.

Ini sekaligus menjadikan PPZ-MAIWP sebagai pusat pungutan zakat yang pertama menyediakan kaedah pembayaran sedemikian. Pembayaran boleh dibuat dengan mengunjungi tiga lokasi terpilih iaitu ibu pejabat PPZ-MAIP, Masjid Al-Syakirin KLCC dan Jalan Masjid India. Kemudian para Amil sah yang dilantik akan menguruskan proses selanjutnya dengan membenarkan anda membuat pembayaran menggunakan kad debit.

Dengan ini, pembayaran zakat menjadi lebih mudah dan selamat. Dalam masa sama turut menggalakkan orang awam untuk membudakan pembayaran secara nirtunai. Sebagai pilihan, kami juga pernah menerbitkan satu artikel mengenai senarai platform pembayaran zakat fitrah secara atas talian untuk rujukan semua.

Komen