Kes Saman Sonos Ke Atas Google Akan Dibicarakan Di Mahkamah
Effi Saharudin
Sonos menyaman Google dua tahun lalu kerana dituduh menggunakan empat teknologi yang dipatenkan oleh mereka tanpa membayar royalti. Selepas kes didengari di hadapan hakim, kes sama kini akan dibicarakan pula di dalam mahkamah.

Hakim mendapati hanya dua daripada empat paten Sonos yang didakwa dilanggar oleh Google boleh diterima. Selepas disaman, Google melakukan saman balas ke atas Sonos yang turut dikatakan menggunakan teknologi tanpa kebenaran. Dalam tuduhan asal, Sonos berkata teknologi nirwayar untuk speaker pintar milik mereka digunakan Google pada produk Chromecast selepas kedua-dua syarikat melakukan kerjasama sebelum ini.
Saman difailkan di A.S, Belanda Jerman, Kanada, dan Perancis dengan Sonos memohon kepada ITC supaya speaker pintar Google diharamkan penjualannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.