Carian
watchOS 10 Dikatakan Adakah Kemaskini Terbesar Dengan Perubahan Antaramuka
April 17, 2023 Fahim Zahar

6 Jun ini Apple akan mengadakan acara WWDC 2023. Acara ini dijangka akan mendedahkan beberapa produk baik fizikal dan juga digital. Antara yang disahkan adalah iOS 17, macOS 14 dan mungkin beberapa MacBook.

Mark Gurman dari Bloomberg menyatakan yang watchOS 10 adalah kemaskini Apple Watch terbesar sejak jam ini diperkenalkan pada tahun 2015.

Kemaskini ini akan membawakan peningkatan baharu dan dikatakan akan membawakan rekaan antaramuka baharu juga. Tiada sebarang butiran apakah perubahan yang akan berlaku. Kerana pada watchOS 9 sudah ada banyak ciri dan fungsi diberikan seperti penjimatan bateri yang lebih baik jadi apa yang Apple akan tawarkan mungkin akan mengubah masa hadapan Apple Watch.

Apple turut dikatakan hanya memfokuskan kepada perisian untuk Apple Watch kerana dari segi perkakasan tiada perubahan akan berlaku dalam masa terdekat ini. Perubahan seterusnya adalah pemberian amaran jika tali jam tidak asli digunakan, Face ID, kamera terbina dan mungkin penggunaan skrin mikroLED.

Komen