Carian
Gambar Lohong Hitam Yang Lebih Jelas Dihasilkan Menggunakan Pembelajaran Mesin
April 17, 2023 Effi Saharudin

Gambar lohong hitam pertama kali diambil pada tahun 2019 mengesahkan beberapa teori mengenai rupanya sejak berdekad lamanya. Pada waktu tersebut gambar yang dihasilkan kelihatan kabur tetapi jelas menunjukkan bentuk seakan kuih donat jingga dengan lubang hitam di tengah. Gambar yang diambil oleh Event Horizon Telescope (EHT) telah diproses semula menggunakan algoritma pembelajaran mesin baharu bagi menghasilkan imej yang lebih jelas.

Imej yang sama diproses algoritma principle-component interferometric modeling (PRIMO) yang dilatih menggunakan 30,000 imej simulasi lohong hitam yang dihasilkan oleh model berbeza. Hasilnya ialah imej yang dengan hingar dikurangkan. Gelung berwarna oren juga lebih kecil dengan lohong hitam di tegah-tengah kelihatan lebih jelas.

Imej yang lebih jelas ini akan membantu ahli sains memahami dengan lebih lanjut mengenai lohong hitam. Ia boleh digunakan untuk melihat bagaimana ruang dan masa melengkung apabila menghampiri tarikan graviti yang tinggi.

Komen