Orang ramai pastinya mengenali Netflix sebagai platform penstriman siri televisyen dan juga filem, tetapi tahukah anda bahawa syarikat tersebut memulakan perniagaan mereka sebagai platform menyewa DVD, dan bisnes tersebut masih hadir sehingga sekarang?
Netflix baru-baru ini telah membuat beberapa pengumuman, seperti memperlihatkan jumlah pelanggan aktif mereka dan juga pelan untuk menangguhkan dahulu halangan perkongsian kata laluan mereka.
Satu lagi pengumuman yang dibuat ialah mereka juga akan menamatkan bisnes penyewaan DVD mereka selepas 25 tahun dalam perniagaan. Ia akan ditutup pada 27 September ini, dimana mereka tidak lagi akan menghantar keluar DVD. Akan tetapi mereka masih lagi akan menerima pemulangan DVD yang disewa sehingga penghujung Oktober bulan ini.
Netflix telah beroperasi sejak 2007, tetapi apa yang unik mengenai bisnes sewaan DVD ini ialah syarikat tersebut masih mencatatkan seramai 2.15 juta pengguna aktif pada tahun 2019, dan pada tahun lepas telah mencatatkan keuntungan $145 juta yang mana ia masih lagi merupakan sebuah bisnes yang boleh dikatakan masih lagi sangat sihat.
Dengan penutupan bisnes penyewaan DVD ini, Netflix dilihat akan memfokuskan 100 peratus tenaga kerja mereka dalam membangunkan lagi platform penstriman mereka, kebarangkalian besar dengan ciri-ciri serba baru.