Snapchat Memberikan Ciri My AI Kepada Semua
Effi Saharudin
Menerusi My AI, sebuah pembantu maya yang menggunakan kecerdasan buatan ChatGPT ditawarkan kepada pelanggan Snapchat+. Ia boleh memberikan saranan topik perbualan dan hadiah yang boleh dibeli untuk rakan rapat. Selepas beberapa bulan eksklusif kepada pelanggan berbayar, My AI kini diberikan kepada semua pengguna Snapchat.

Menurut Snap, sejak diperkenalkan My AI digunakan lebih 2 juta kali sehari oleh pengguna Snapchat+. Menarik sekali ciri My AI kepada semua sama dengan versi berbayar. Ia boleh digunakan dalam perbualan berkumpulan atau peribadi untuk pelbagai saranan. Misalnya ia juga boleh memberikan saranan pergi bercuti ke lokasi yang menarik.
Pengguna global boleh menggunakan My AI hari ini dengan avatar boleh diperibadikan menggunakan Bitmoji.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.