Set kepala realiti-gabungan (AR dan VR) Apple yang dikatakan Apple Reality Pro mungkin akan dilancarkan dalam masa dua bulan lagi. Bermakna pada cara WWDC bulan Jun akan datang set kepala ini mungkin akan diperlihatkan.
Banyak maklumat mengenai produk ini telah tertiris namun butiran jelas masih tidak diketahui. Baru-baru ini Gurman dari Bloomberg mendedahkan yang Apple Reality Pro akan menggunakan pek bateri berbentuk iPhone dengan kapasiti dua bateri iPhone 14 Pro Max iaitu 8646mAh (4323mAh x2).
Wayar pada pek bateri ini dikatakan tidak boleh ditanggalkan dan mungkin akan menggunakan sambungan magnetik. Kemudian pek bateri ini boleh dicas dengan kabel USB-C. Apple turut dikatakan mungkin akan menjual pek bateri berasingan. Ketahanan bateri pula dijangka adalah dua jam untuk sekali penggunaan.
Set kepala ini turut dikatakan mungkin akan mempunyai port sambungan USB-C untuk pemindahan data. Tetapi tidak jelas untuk apa? Mungkin memindahkan fail tangkapan layar, rakaman skrin atau sambungan ke monitor untuk paparan kandungan kepada orang lain.